Sunday, 31 March 2013

Sigmund Freud

PPPH 3433 FALSAFAH MINDA





inilah Pakcik Sigmund Freud tu..series je dia kn..!
 1.0 PENGENALAN LATAR BELAKANG SIGMUND FREUD
Sigmund Freud adalah merupakan pengasas dan pelopor kepada teori psikoanalitik dimana beliau telah memperkenalkan teori ini sekitar tahun 80-an. Teori ini terhasil semasa Sigmund Freud dan Josef Breurer membuat satu penyelidikan melalui kaedah hipnosis yang dijalankan semasa membuat rawatan terhadap pesakit-pesakit histeria. Menyingkap dari sudut latar belakangnya beliau dilahirkan di Freiberg, Moravia yang kini dikenali sebagai Republik Czech pada 6 Mei tahun 1856. Keluarganya mempunyai lapan orang adik beradik dan beliau adalah anak yang paling tua, lima daripadanya adalah perempuan dan tiga lagi adalah lelaki. Sebagai anak sulung yang paling tua dalam keluarga, hubungannya dengan adik beradiknya adalah rapat. Suasana keluarganya yang luar biasa telah menyebabkan Freud peka kepada keanehan hubungan keluarganya yang mana memberi dorongan yang mendalam untuk beliau mengkaji dalam teorinya yang diutarakan selepas itu. Bapanya bekerja sebagai seorang saudagar bulu kambing dan pernah berkahwin dua kali. Ibu Freud adalah seorang yang mempunyai personaliti periang dan cerdas. Ibunya meninggal dunia ketika berusia 95 tahun. Semasa berusia 4 tahun, Freud dan keluarganya berpindah ke Vienna pada tahun 1680 dan tinggal ketika pemerintahan Nazi yang menyebabkan beliau berpindah ke London pada tahun 1938.
Semasa berumur sembilan tahun, beliau belajar di sekolah tinggi Sperl Gymnasium (Leopoldstädter Kommunal-Realgymnasium). Di sekolah itu, beliau telah mula meminati bidang sejarah dan kemanusiaan sehingga menarik perhatian beliau menceburi dalam kerjaya bidang undang-undang. Semasa berada pada tahun akhir pengajian di Sperl Gymnasium, beliau berpeluang membaca esei yang berkaitan dengan alam tabii sehingga membangkitkan cita-cita saintifiknya. Ketika berumur 17 tahun, Freud telah memasuki sekolah perubatan di universiti Vienna pada tahun 1873. Ketika di universiti Vienna, beliau telah banyak menemui beberapa orang guru terkenal yang terdiri daripada ahli falsafah dan ahli psikologi. Antaranya ialah Franz Brentano (1838-1917). Semasa belajar dengan Brentano, beliau telah mengambil lima kursus elektif ketika dalam dua tahun pertama di sekolah perubatan. Beliau juga berhasrat ingin mengambil ijazah dalam bidang perubatan selepas tamat latihan tetapi tidak kesampaian.Seorang lagi tokoh yang banyak memberikan kesan dalam kehidupan Freud ialah Ernst Brucke (1819-1892). Beliau merupakan pengarah institut fisiologi universiti yang telah mendorong Freud menjadi penyelidik sukarela di institut tersebut sehingga menyebabkan beliau lambat mendapat ijazah perubatannya.
Menjelang tahun 1880, Freud telah menerbitkan empat artikel mengenai neuroanatomi dan cuba memperolehi pekerjaan dalam bidang tersebut. Tetapi beliau gagal kerana bidang penyelidikan yang bergaji tidak banyak, tambahan pula beliau beragama Yahudi yang sering menghadapi diskriminasi bagi pemilihan kerja di universiti. Freud telah melakukan latihan praktikal selama beberapa tahun di hospital awam Vienna sehingga akhirnya membolehkan beliau membuka perubatan persendirian. Ketika di hospital, Freud telah mengikuti pengkhususan dalam bidang yang berkaitan dengan neurofisiologi dan memberi tumpuan kajiannya di bawah seliaan ahli anatomi otak yang terkenal iaitu Theodor Meynert (1833-1893). Beliau telah mahir dalam diagnosis kecederaan pada bahagian otak. Kemudian pada tahun 1885 beliau telah mendapat sokongan Menert untuk meneruskan pengajiannya di Paris. Sekembalinya dari Paris, beliau telah memegang surat tauliah yang sempurna dan telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1886. Beliau telah mengahwini Martha Bernays dan dikurniakan empat orang anak. Anna (1895) merupakan anak bongsu Freud yang banyak menyumbang di dalam bidang psikoanalitik.
Freud telah mula mempraktiskan secara persendirian dalam merawat penyakit neurologi. Freud kemudian mendapati bahawa beliau tidak mampu menyara hidup hanya dengan merawat kes neurologi biasa walaupun beliau telah memperhebatkan reputasi dengan menulis buku yang berkaitan dengan sereblum palsi dan afasia. Bagi meningkatkan pendapatannya, beliau telah menerima pesakit histeria dan beliau merupakan salah seorang doktor di Vienna yang memberi perhatian serius terhadap penyakit tersebut sehingga ramai datang menemuinya bagi mendapat perkhidmatan.
Freud telah menghasilkan lebih dari daripada 600 karya penulisannya. Beliau telah menerbitkan karyanya dalam bahasa Inggeris sebanyak 24 volum yang dikenali sebagai ‘The Standard Edition of the Complete Psychological Works of Sigmund Freud’ (1953-1964). Di antara karyanya yang terkenal ialah ‘The Interpretation of Dreams’ (1900), ‘The Psychology of Everday Life’ (1901), ‘Beyond the Pleasure Principle’ (1920), ‘The Ego and the Id’ (1923) dan ‘Cvilization and Its Discontents’ (1930). Freud telah merubah beberapa andaian teorinya selepas beberapa tahun kemudiannya. Perubahan andaian ini telah dimuatkan dalam karyanya ‘New Introductory Lecture on Psychoanalysis’ (1933) dan ‘An Outline of Psychoanalysis’ (1940). kebanyakan karya tulisan daripada Freud masih lagi dikaji sehingga sekarang. Terdapat beberapa orang pengamal teori psikoanalitik yang tidak asing dalam bidang psikologi, mereka terdiri daripada Anna Freud (1966), Melanie Klein (1959), Eric Erikson (1959), Erich Fromm (1955), Carl Jung, Karen Horney (1950), dan Harry S. Sullivan (1964). Terdapat tokoh-tokoh ini yang kemudiannya mencipta teori baru dari sudut pandangan mereka.
Kehidupan Freud dipenuhi dengan matlamat mencapai cita-citanya yang tinggi walaupun dalam masa yang sama terpaksa menghadapi kesengsaraan akibat daripada penyakit barah rahang yang dihadapinya dengan 33 pembedahan. Situasi sebegini tidak sedikitpun menghilangkan semangatnya untuk mencapai cita-cita bagi mendalami tentang kajian psikik manusia. Freud telah meninggal dunia pada tahun 1939 di London kerana penyakit barah rahang yang dialaminya sekian lama. Sebagai pelopor teori psikoanalitik yang masyhur, Freud telah mencipta teknik-teknik yang boleh diaplikasikan dalam memahami tingkah laku manusia dan beliau telah mencipta satu teori yang komprehensif berkaitan dengan personaliti manusia dan psikoterapi. Usaha beliau yang bersungguh-sungguh telah menghasilkan teori personaliti yang masih ‘panas’ dibincangkan sehingga sekarang (Shahabudin & Rohizani, 2002).
2.0 PANDANGAN TEORI TERAPI PSIKOANALTIK TERHADAP KEJADIAN SIFAT MANUSIA
Menurut Corey (1996), teori psikoanalitik adalah merupakan pendekatan yang mula-mula muncul dalam tiga pendekatan psikologi yang utama. Dua pendekatan yang lain ialah pendekatan tingkahlaku dan pendekatan kemanusiaan (humanistik). Pada sudut pandangan falsafah, pendekatan ini telah mengemukakan konsep kegirangan. Freud menyatakan bahawa seseorang individu normal adalah mereka yang dapat menikmati kehidupannya dengan kasih sayang dan bekerja. Menurut Fine (1972), konsep kegirangan yang dikemukakan oleh Freud ini dapat dihuraikan lagi dimana terdapat aspek-aspek lain bagi memperoleh keseronokan, menghapuskan perasaan negatif, melahirkan perasaan positif, mendapat identiti diri dan masyarakat, mencari pengertian tentang perasaan dalam keluarga dan kepuasan bekerja.
Dari sudut pandangan yang lain, Morris (1976), melihat bahawa psikonanalitik telah memberi penekanan pada bahagian tidak sedar, peranan naluri, peranan asas keluarga, tekanan-tekanan dinamik, dan pembentukan personaliti. Pendekatan ini juga telah memberi perhatian kepada proses-proses dalaman individu, tingkah laku luaran, pengalaman masa lampau dan kini, dan keadaan sosial seseorang.
Patterson (1996), mengatakan bahawa pendekatan psikoanalitik merupakan pendekatan pertama yang mengkaji peranan perasaan dan emosi dalam pengalaman psikologi. Pendekatan ini telah diubahsuai oleh beberapa orang ahli teori Psikoanalitik dari segi konsep dan prosedurnya dan mereka telah membentuk teori masing-masing  yang lebih dikenali sebagai pendekatan neo Freudians. Di antara ahli psikologi yang telah mengubahsuai teori tersebut mengikut pendapat masing-masing ialah Alfred Adler yang membentuk teori Psikologi Individu dan Carl Jung yang membentuk teori Analisa. Menurut Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2003), penekanan Freud yang belebih-lebihan ke atas impuls seksual dan kelangsangan telah menimbulkan pelbagai kontroversi, salah satu kesannya ialah pengikut dan anak-anak murid Freud telah membentuk teori mereka sendiri. Kebanyakan mereka menerima kepentingan motif alam tidak sedar, tetapi mereka lebih meletakkan penekanan yang lebih kepada hubungan ego dengan masyarakat berbanding dengan hubungan ego yang hanya memuaskan kehendak id.    
Pada umumnya pendekatan psikoanalitik melihat manusia itu sebagai individu yang telah ditentukan masa depannya. Kenyataan ini telah disokong oleh beberapa orang tokoh terkenal. Di antaranya, Amir Awang (1991) yang menyatakan bahawa pendekatan ini telah meletakkan manusia itu lahir bersama-sama dengan naluri-naluri kebinatangan yang bersifat jahat. Kehidupannya telah ditentukan dari sejak awal lagi oleh naluri-naluri tersebut. Naluri ini akan mempengaruhi tingkahlaku yang tidak logik dan tidak rasional. Gladding (1996), menjelaskan keadaan semulajadi manusia boleh diterangkan dalam terma-terma minda yang sedar, pra sedar, dan tidak sedar. Mahmood Nazar Mohd (1990) mengatakan pendekatan ini menunjukkan bahawa semua personaliti dewasa manusia dibentuk dari semenjak dilahirkan hingga ke umur lima tahun.
Freud telah menegaskan bahawa manusia dilahirkan dengan dorongan naluri dalaman yang bersifat biologi atau kebinatangan. Naluri ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu naluri seksual atau eros (naluri hidup) dan naluri pembinasaan atauthanatos (naluri mati). Semua kuasa naluri telah disimpan dalam tenaga yang tidak bertambah. Tenaga ini akan wujud dalam bentuk yang dikenali sebagai tenaga psikik dan tenaga determinisme psikik. Tenaga ini juga merupakan kuasa penggerak kepada segala perilaku manusia dan mempunyai hubungan dengan naluri seksual dan libido. Tenaga determinisme psikik merupakan tenaga penyebab yang mengakibatkan tingkah laku fizikal dan mental manusia.

Nak tahu selanjutnya....baca di entry kedua okay...:) tQ

No comments:

Post a Comment