Tuesday 21 June 2016

Pengalaman yang x boleh dibeli di mana2 (REC KLANG)

Lama sungguh kan x jengah kat page ni...rindu rasanya…dlm entry lepas memang nak cerita kt semua tentang pengalaman mengajar di Rohingya Education Centre..sekolah ni terletak di Batu Belah Klang sebuah sekolah yang diusahakan oleh Persatuan Jaringan Global Islam Malaysia (FGN) dengan kerjasama MAIS dan WADAH Selangor. Sekolah ni tidak la sebesar sekolah-sekolah lain yang ada di malaysia ni tapi cukup bagiku memberikan ketenangan dan pengalaman yang paling berharga sepanjang menjadi pendidik di sana selama 2 tahun.

Murid2 disitu terdiri dari masyarakat komuniti Rohingya dari Arakan Myanmar. Seperti yang sedia maklum, komuniti Rohingya ni dinafikan haknya utk berada di Negara sendiri sehingga ada di antara mereka dibunuh dengan kejam sekali. Kisah mereka mendapat liputan meluas diseluruh dunia dan ada diantara sebilangan kecil Negara-negara PBB yang mengambil mereka utk ditempatkan di negara2 lain bagi mendapatkan hak perlindungan.

Kesian sangat tengok mereka ni. Ada yang ibu bapanya dibunuh..adik beradiknya dirogol. Allahu x sanggup rasa dengar penderitaan yang mereka alami. Namun sebahagian dari mereka yang selamat diletakkan di negara Malaysia ini diberikan kehidupan yang lebih terjamin termasuk dari segi pembelajaran supaya mereka tidak keciciran dalam ilmu pengetahuan dunia mahupun akhirat.

Alhamdulillah mereka yang berada di REC diberi peluang untuk merasa sistem pendidikan sama seperti pelajar-pelajar ke sekolah lain di samping cikgu yang berpengalaman dari pelbagai latar belakang. Jangan kata cikgu kat ctu x kuat tau. Mereka ni org yg bertanggungjawab memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Selain dari masalah komunikasi dua hala yang menjadi keterbatasan dalam mendidik itu juga sebagai salah satu ujian. Almaklumlah, sorang cakap itik, sorg cakap ayam macamana nk faham..tp mostly mereka sebenarnya sangat bijak sebab kadang boleh lihat x smpai beberapa bulan mereka bersekolah mereka dapat menguasai bahasa melayu yang agak boleh faham lah jugak kan..(walaupun ade cket2 cm org bangla ckp..hehe).

Selain dari REC di Klang, cawangan REC yang pertama sekali dibuka adalah di Pulau Pinang (REC PENANG) dan juga yang paling terbaru ni di Kuantan (REC KUANTAN). Pembukaan sekolah ni juga berdasarkan populasi komuniti Rohingya yang menetap di tempat tersebut. Alhamdulillah tenaga pengajar yang berada di tiga2 lokasi juga x pernah jauh di antara satu sama lain.kami sering berkumpul di dalam kursus dan sharing sebarang masalah yang berada di sekolah walaupun boleh di katakana jauh masing2…ye lah Selangor, Penang n Pahang tu.

Tapi…takdir telah tertulis yang aku sempat bersama mereka hanya utk sementara sahaja. bohonglah klu aku ckp yg aku x sdey tinggalkan mereka. Sedyh woo…sebab aku selesa dan sangat rasi berda di situ…macam2 yang aku fikir…dah xde lagi hiruk pikuk…bau2an diorang…xde lagi aku nk tergelak2 dengar dorg ckp melayu…haih macam2 yang aku pikir.. nak wat camnakan aku kne utamakan SUAMI…setahun kmi dduk asing krn tuntutan tugas aku di REC tp kali ni aku kena tinggalkan REC demi mengikut suami…walaupun x jauh…kt Putrajaya je…tapi sedih taw..dah x boleh nk bersama mereka lagi…macam2 pengalaman yang aku cipta bersama mereka…semoga Allah kurniakan mereka kesihatan dan kehidupan yang baik. Saya sayang REC KLANG.





                       ni bersama coordinator REC Puan Nur Azlina. Ibu yang sangat hebat


anak2 kesayangan di dalam bilik darjah


ni GB REC Klang yg sy anggap seperti ibu sy sendiri..Pn Rosma


kelas lagi