SEBAB-SEBAB SKIZOFRENIA:
Seperti kebanyakan penyakit-penyakit lain, skizofrenia dipercayai
disebabkan oleh kombinasi persekitaran dan masalah genetik. Penyakit ini
mempunyai kaitan dengan rangkaian biologi manusia sama seperti penyakit kanser
dan diabetis. Antaranya:
1.
Diwarisi
Beberapa peneliti menyatakan gen mungkin menjadi penyebab. Anak
yang hidup di dalam keluarga yang ibu bapanya menghidap skizofrenia kemungkinan
besar akan mewarisi penyakit ini. (Julianto 2008: 13). Hubungan keluarga kelas
kedua juga memberikan kesan kepada penyakit ini. Kembar seiras mempunyai
peluang yang lebih tinggi atau sebanyak antara 40 hingga 65 peratus untuk
mendapat skizofrenia (Kosmo 26 Mac 2008).
2.
Masalah
kimia otak
Ketidakseimbangan kimia otak iaitu dopamine dan glutamate (atau
yang lain-lain) juga memainkan peranan dalam membentuk skizofrenia. Ia terjadi
akibat ketidakseimbangan pada dopamine iaitu salah satu sel kimia dalam otak.
Otak pada dasarnya terbentuk dari sel saraf yang disebut neuron dan kimia
neutrotransmitter. Selain itu, kajian terbaru berkenaan dengan penyakit ini
menunjukkan jenis neutrotransmitter lain iaitu serotonin juga boleh menyumbang
kepada gejala penyakit ini (Kosmo 26 Mac 2008).
3.
Ketidakseimbangan
struktur otak
Mereka yang menghidap skizofrenia mempunyai otak yang sedikit
berbeza daripada manusia biasa. Kadangkala ventrikel otak orang yang menghidap
skizofrenia lebih besar. Gray matter otak orang yang menghidap
skizofrenia lebih rendah dan sebahagian aktiviti atau metabolisma otak adalah
kurang atau lebih (Kosmo 26 Mac 2008).
Faktor
genetik merupakan punca utama penyakit skizofrenia. Skizofrenia merupakan
penyakit turun temurun yang bermula daripada generasi terdahulu dan diwarisi
oleh generasi akan datang dalam sesebuah keluarga. Trauma dan kecederaan pada
otak mengakibatkan penyakit skizofrenia. Seseorang yang mengalami trauma akan
berfikiran negatif, berkelakuan aneh dan bersendirian. Sekiranya pencegahan
awal tidak dilakukan, seseorang itu berisiko mengalami penyakit tersebut.
Faktor penyumbang kepada penyakit itu termasuk keturunan, semasa lahir,
personaliti, ketidaknormalan saraf otak, sikap keluarga, biokimia, persekitaran
dan penyalahgunaan dadah (Utusan Malaysia 8 Jun 2009).
Menurut pandangan
Schneider, halusinasi dan delusi adalah faktor utama berlakunya kecelaruan
skizofrenia. Kecelaruan mood dan pemikiran pula adalah faktor kedua mengapa
berlakunya skizofrenia (Azizi Yahaya et.al 2006: 182).
Sebab-sebab lain:
1.
Faktor
usia
Skizofrenia umumnya terjadi pada akhir masa remaja dan awal masa
dewasa. Skizofrenia jarang berlaku pada masa kanak-kanak. Insiden ini bermula
pada umur 15 hingga 25 tahun bagi lelaki dan 25 hingga 35 tahun bagi wanita
(Sheila 2001: 348).
2.
Faktor
Lingkungan
Faktor-faktor lingkungan yang mempengaruhi atau menimbulkan
penyakit ini antaranya ialah kebudayaan, ekonomi, pendidikan, faktor sosial,
penggunaan ubat-ubatan, stress, penceraian, penganiayaan dan sebagainya
(Julianto 2008: 15).
3.
Psikologi
Menurut Kohut, psikosis merupakan akibat adanya gangguan yang
serius pada diri, iaitu ketika tidak ada unsur defensif yang dapat
mengatasinya. Gangguan yang serius dalam kehidupan akan membuatkan keperibadian
individu dan perkembangannya tidak berjalan normal. Keadaan inilah yang
memungkinkan berkembangnya suatu proses skizofrenia dalam keperibadian individu
(Singgih 2004: 334). Beberapa teori lain menemukan ada faktor nutrisi,
lingkungan keluarga dan reaksi terhadap stress menjadi penyebab
skizofrenia (Julianto 2008: 13). Mengalami tahap tekanan perasaan atau stress
yang tinggi iaitu ketika dibawah tekanan atau situasi yang membingungkan,
termasuk perhatian yang berlebihan terhadap sesuatu dapat mewujudkan penyakit
ini.
Berdasarkan kepada filem “A Beautiful Mind” pelakon utamanya iaitu
John Nash dilihat tidak boleh berinteraksi sosial seperti orang lain. Dia tidak
menyukai orang lain dan menganggap orang lain tidak menyukai dirinya sehingga
dia hanya memiliki seorang teman iaitu Charles Herman. Nash juga digambarkan
sebagai lelaki yang sombong dan bangga dengan kepandaiannya. Hal ini
ditunjukkan dengan cara beliau tidak mahu mengikuti kuliah dan suka
menghabiskan masanya dengan mencipta teori matematik yang baru. Beliau sangat
menginginkan idea yang original dan gelaran doktor. Oleh itu, beliau lebih suka
mengurungkan diri di dalam bilik selama beberapa hari tanpa tidur siang dan
malam semata-mata untuk mencipta teori tersebut. Akhirnya, Nash berjaya
menemukan konsep baru yang bertentangan dengan teori bapa ekonomi moden dunia,
Adam Smith. Teori inilah yang membawa Nash meraih gelaran doktor dan beliau berjaya
diterima sebagai pengajar di MIT. Disebabkan sikapnya yang sedemikian,
berkemungkinan beliau mengalami keadaan ketidakseimbangan struktur otak iaitu
keadaan otaknya mungkin berbeza daripada otak manusia yang lain kerana ia mampu
untuk berfikir rumus matematik yang tidak mungkin boleh terfikir oleh orang
lain.
John Nash seorang
yang pemalu dan sikapnya yang suka menyendiri, rendah diri (merasa dirinya tidak
disukai oleh orang lain), kaku dan tidak bersosial boleh dijadikan sebab beliau
mengalami skizofrenia. Beliau menganggap dirinya tidak disukai orang dan beliau
juga tidak suka bergaul sehinggakan menjauhkan diri daripada khalayak. Persepsi
inilah yang menyebabkan Nash bermain-main dengan dunia khayalannya sendiri.
Beliau mencipta rakan khayalan iaitu Charles Herman, Marcee dan William
Parcher.
Antara kejadian yang membuatkan skizofrenia John Nash bertambah
parah ialah:
1)
Kalah
dalam permainan bersama rakannya
2)
Merasa
gagal berprestasi untuk mencapai cita-citanya
3)
Merasa
tidak dapat melayani isterinya
4)
Tidak
boleh bekerja atau mendapatkan pekerjaannya kembali.
Sebagai kesimpulannya, walaupun tiada punca sama yang menjadi penyebab
skizofrenia telah dikenal pasti dalam kesemua individu yang menghidap penyakit
ini, tetapi kini kebanyakan penyelidik dan pakar perubatan percaya bahawa ia
disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan otak manusia (sama ada diwarisi
atau didapati) dan tekanan pengalaman hidup.
RAWATAN SKIZOFRENIA
Skizofrenia biasanya dirawat dengan menggunakan ubat anti-psikotik,
terapi sokongan dan psikopendidikan. Antara pendekatannya ialah:
1.
Pendekatan biologi
Pendekatan ini merujuk pada pengambilan ubat antipsikotok yang
dimulakan pada tahun 1950-an. Biasanya dadah digunakan sebagai ubat
antipsikotik seperti thorazine, melaril, stelazine dan prolixin
yang pada umumnya menghasilkan kesan yang sama. Ubat ini akan mengurangkan
aktiviti reseptor dopamine otak yang akan dapat mengurangkan halusinasi dan
delusi pesakit tetapi tidak dapat menyembuhkan penyakit ini. Menjelang
tahun 2000 terdapat lebih banyak ubat
antipsikotik yang dihasilkan seperti clozapine, risperidone dan olanzapine
tetapi tetap mempunyai kesan yang sama iaitu hanya mencegah pesakit daripada
mengalami gangguan yang lebih teruk dan mengurangkan tekanan yang dialami serta
mengurangkan episod psikotik pesakit (Azizi Yahaya et. al 2006: 198).
Dalam sebuah
majalah Dewan Masyarakat, Nur Faizah Abdul Wahab menulis mengenai
skizofrenia yang bertajuk Skizofrenia: Pesakit berada dalam dunia fantasi,
beliau menulis dalam tahun 1952, sejenis ubat yang digunakan untuk pesakit
psikosis iaitu pesakit yang mengalami masalah mental digunakan bagi merawat
pesakit skizofrenia. Ubat ini amat berkesan. Dengan teknik imej otak yang moden
(scan PET), rawatan boleh digunakan dengan lebih baik lagi. Biasanya, pesakit
mengalami kesukaran menyelaraskan aktiviti antara kawasan berbeza di otak.
Contohnya semasa berfikir atau bercakap, kebanyakan orang menunjukkan
pertambahan aktiviti di bahagian hadapan otak dan kurang aktiviti di kawasan
otak yang berfungsi untuk pendengaran.
Dalam filem A
Beautiful Mind, Dr Rosen memberitahu Alicia bahawa Nash mempunyai skizofrenia
dan Charles, Marcee dan Parcher hanya wujud dalam imaginasi beliau. Nash diberi
kursus terapi kejutan insulin (insulin shock therapy) dan akhirnya
dibebaskan. Beliau juga diberi ubat antipsikotik namun beliau kecewa dengan
kesan-kesan sampingan ubat antipsikotik yang beliau ambil, maka Nash secara diam-diam
berhenti mengambilnya. Ini menyebabkan halusinasi dan khayalan beliau kembali
semula.
Dalam rawatan
terapi insulin telah diperkenalkan oleh Sakel di Vienna pada tahun 1930-an dan
berguna dalam menangani skizofrenia secara empirikal. Terapi insulin diberikan
dalam dos yang kecil kepada pesakit, cukup untuk menyebabkan sedikit pening dan
berpeluh. Pesakit masih sedar dan fasa rawatan ditamatkan dengan minuman
glukosa (Alexander R.K. Mitchell 1972: 122-123). Oleh sebab itu, dalam filem tersebut Nash
diberikan rawatan terapi kejutan insulin. Prosedur ini menggerakkan glukosa ke
dalam otot badan supaya pesakit yang berasa lebih baik dan dalam semangat yang lebih
baik (Alexander R.K. Mitchell 1972: 123).
2.
Kaedah Sosiobudaya
Dalam kaedah ini kumpulan etnik masyarakat memainkan peranan yang
penting bagi membantu keluarga yang mengalami skizofrenia. Ini kerana keadaan
pesakit skizofrenia berbeza-beza di setiap tempat sama ada di Asia mahupun di
Eropah. Oleh itu, kaedah rawatan ini lebih menekankan nilai moral dalam
masyarakat seperti keluarga memberikan sokongan yang sewajarnya kepada pesakit
ini dan menyediakan tempat kerja yang sesuai bagi mengembalikan hubungan
pesakit dengan komuniti masyarakat (Azizi Yahaya et.al 2006: 198).
Sebagai contoh
dalam filem, Alicia sangat mengambil berat akan masalah Nash. Alicia membantu
dengan menyiasat lelaki bernama Parcher yang memperkenalkan dirinya sebagai
ejen Jabatan Pertahanan yang meminta Nash untuk memecah kod-kod rahsia untuk
kerajaan. Alicia mendapati Pacher hanyalah lelaki khayalan Nash dan tidak wujud.
Selain itu, kawan lamanya Martin Hansen yang dulu dianggap musuh, seorang ketua
jabatan matematik Universiti Princeton juga menolong Nash dengan memberi
kebenaran kepadanya untuk bekerja di luar kelas di perpustakaan. Tahun berlalu
dan Nash semakin sedar bahawa beliau perlu belajar untuk mengabaikan
halusinasinya. Akhirnya dia mendapat keistimewaan untuk mengajar lagi.
3.
Terapi Psikodinamik
Kaedah psikodinamik menekankan pesakit yang menghadapi masalah
dalam membebaskan diri mereka daripada kekecewaan yang dialami sejak
dahulu. Antara kekecewaan yang dialami
ini adalah hasil daripada salah interaksi antara struktur id, ego dan superego.
Ini semua akan menimbulkan kebimbangan yang sukar dikesan. Oleh itu, dalam sesi
terapi ini, teknik perkaitan bebas (free association) digunakan di mana
pesakit diminta mengeluarkan segala yang terpendam dalam fikiran, perasaan dan
hatinya. Mereka tidak dibenarkan menyekat atau menahan apa-apa perasaan,
fikiran, rasa hati, masalah atau fantasi ataupu yang tidak munasabah daripada
pakar terapi. Tujuannya supaya semua konflik yang dialami secara sedar dan
tidak sedar dibawa keluar kea lam sedar dan dikenali serta difahami oleh
pesakit. Kini kaedah terapi individu banyak digunakan dan terbukti dapat
mengurangkan gangguan dan membantu pesakit membina kemahiran sosial seperti
bagaimana hendak berhadapan dengan kritikan orang lain (Azizi Yahaya et.al
2006: 199).
Dalam filem
tersebut, Dr. Rosen memberikan nasihat dan kaunseling kepada Nash. Ini kerana,
Nash telah cuba untuk membunuh bayinya sendiri atas hasutan Parcher. Rawatan
kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan
lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar.
4.
Pendekatan Asas Pendidikan
Ahli terapi tingkah laku berpendapat, kegagalan atau kesalahan
individu dalam pembelajaran menyebabkannya mengalami skizofrenia. Kaedah
pembelajaran yang intensif dapat mengubah perkembangan tingkah laku dan
membantu pesakit berhubung dengan masyarakat secara berkesan. Pendekatan ini
menetapkan tiga langkah utama iaitu:
- Menetapkan pembelajaran tingkah laku
pesakit seperti diingini oleh masyarakat.
- Memberikannya ganjaran ekonomi seperti
jika pesakit melakukan sesuatu perbuatan yang betul dia akan diberikan
ganjaran seperti makanan, minuman dan sebagainya.
- Latihan kemahiran sosial seperti menjadi
jurulatih, juruhias, mengamalkan tingkah laku harian yang umum dan
melakukan proses mengingat kembali (Azizi Yahaya et.al 2006: 199). Dalam filem
tersebut rawatan ini tidak diterapkan dalam kehidupan Nash.
5.
Pemulihan Psikososial
Kaedah pemulihan ini dikaitkan dengan penyertaan pesakit dalam
institusi sosial yang dibuat khusus bagi merawat pesakit psikotik. Contohnya,
Kelab Fountain House yang sehingga kini mempunyai lebih 200 rangkaian di
seluruh dunia termasuk di Sweden, Jepun, Australia dan terdapat dengan banyak
di negara-negara lain serata dunia. Institusi ini ditubuhkan bagi mendapatkan
tempat kembali dalam masyarakat bagi para pesakit psikotik. Pesakit akan diajar
mengawal emosi dan keupayaan fizikal bagi mencapai cita-cita mereka. Mereka akan
diberi sokongan, keperluan dan perhatian supaya dapat berdikari.
Selain itu,
pesakit akan diajar menguruskan pelbagai keperluan harian seperti pengurusan
wang, mengatasi perbezaan pendapat dalam keluarga, menjalinkan hubungan
persahabatan, menaiki bas, memasak makanan sendiri, berbelanja dan sebagainya.
Pesakit dibenarkan tinggal selama 6 bulan dan maksimum 2 tahun dalam institusi
ini dengan perkhidmatan yang lengkap meliputi kemudahan rawatan, tempat tinggal
dan makanan, pembelajaran, suasana yang aman, keselamatan dan pelbagai
kemudahan asas yang lain. Kaedah ini terbukti Berjaya merawat pesakit psikotik
dan jumlah kelab yang seumpama ini banyak ditubuhkan di seluruh negara (Azizi
Yahaya et.al 2006: 200). Kaedah ini juga
tidak ada dalam fiilem tersebut.
6.
Program Pemulihan Keluarga Secara Intensif
Pendekatan ini menekankan peranan keluarga dalam menangani masalah
pesakit dengan cuba berkongsi masalah dengan pesakit, memberi tumpuan kepada
aktiviti kehidupan seharian berkeluarga, member pendidikan kepada ahli keluarga
yang mempunyai masalah psikotik, mengajar bagaimana berhubung dengan pesakit psikotik,
cuba untuk menyelesaikan masalah pesakit dan kemahiran menguruskan masalah
keluarga dan mengelakkan daripada berselisih faham dengan pesakit. Kaedah ini
didapati berjaya untuk memberikan sokongan kepada pesakit dan dapat mengelakkan
pesakit menarik diri daripada aktiviti sosial (Azizi Yahaya et.al 2006: 200-201).
Dalam filem
tersebut Dr. Rosen banyak membantu Alicia dalam menanggani peyakit yang
dihidapi oleh Nash. Selain itu juga, Alicia seorang isteri yang tabah dan
banyak membantu Nash dan bersama-sama mengharungi kehidupan walaupun senang
atau susah. Cuma, berlaku sedikit konflik bahawa Nash ingin membunuh anaknya
sendiri dan setelah itu menolak Alicia semasa Alicia cuba untuk menelefon pihak
hospital. Sokongan moral daripada isterinya adalah salah satu faktor Nash
berjaya mengawal penyakitnya.
Kesimpulannya, dalam filem tersebut Nash berjaya menghalang
halusinasinya iaitu 3 orang yang wujud di dunia khayalan bermula dari kawan
biliknya Charles, Marcee, dan Parcher. Beliau memberitahu Alicia, " She
never gets old ", merujuk ke Marcee, yang walaupun bertahun telah
berlalu sejak pertemuan pertama mereka, namun Marcee kekal pada umur yang sama
dan masih seorang gadis kecil. Dengan ini, beliau akhirnya menerima bahawa
walaupun ketiga-tiga orang seolah-olah nyata, mereka berada dalam sebahagian
hakikat halusinasi beliau. Atas nasihat Dr Rosen, Nash memutuskan tidak memakan
semula ubat dan mempercayai bahawa dia boleh mengatasi dengan gejala itu dalam
cara yang lain. Alicia memutuskan untuk tinggal dan menyokong beliau dalam hal
ini. Faktor penting sebenarnya dalam rawatan tersebut adalah diri Nash sendiri
yang berusaha untuk menghalang halusinasinya itu dan akhirnya beliau berjaya
walaupun ketiga-tiga individu tersebut masih berada di sekelilingnya sehingga
beliau tua. Akhirnya, pada tahun 1994, Nash memenangi Nobel Memorial Prize
in Economics untuk kerja-kerja revolusi beliau mengenai teori permainan.
Filem ini berakhir sebagai Nash dan Alicia meninggalkan auditorium di
Stockholm, Nash melihat Charles, Marcee, dan Parcher berdiri sebelah dan
memerhatikannya.
RUJUKAN
Alexander R.K. Mitchell. 1972. Schizophrenia: The Meanings of
Madness. New York: Taplinger Publishing
Co Inc.
Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin
Ismail. 2006. Punca dan Rawatan
Kecelaruan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Julianto Simanjuntak. 2008. Konseling
Gangguan Jiwa. Jakarta: Penerbit PT Gramedia
Pustaka
Utama.
Nur Faizah Abdul Wahab. Januari 2001. Skizofrenia: Pesakit berada
dalam dunia fantasi. Dewan Masyarakat
jil 39. Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sheila L. Videbeck. 2001. Buku Ajar
Keperawatan Jiwa. Jakarta: Penerbit Buku Kedokteran
EGC.
Singgih D. Gunarsa. 2004. Dari Anak Sampai
Usia Lanjut. Jakarta: BPK Gunung Mulia.
Kosmo. 2008. 26 Mac.
Utusan Malaysia. 2009. 8 Jun.
Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah. Kasih
sayang pulihkan skizofrenia http://www.utusan.com.my (25/04/2010).
http://www.webmd.com/schizophrenia/guide/schizophrenia-symptoms-types
untuk Kosmo. 2008. 26 Mac. ada referensi lengkapx ngk mbak? klw ada bsa dibagi :)
ReplyDeletePusing bebenor.. skizo seluruh famili dibuatnya. Perlu kesabaran dan keilmuan yg tinggi dalam memahami dan reda ujian ini.
ReplyDeletePusing bebenor.. skizo seluruh famili dibuatnya. Perlu kesabaran dan keilmuan yg tinggi dalam memahami dan reda ujian ini.
ReplyDeletesaya azila daripada johor bahru dan saya didapati mengidap penyakit ini pada tahun 2013... saya sudah mmbuat rawatan ECT pada tahun 2014.. tetapi saya sering lupa apa yang saya lakukan pada diri saya seperti bagaimana saya boleh sampai ke tempat kerja dan apa yang saya buat sepanjang hari...
ReplyDeleteSaya safinah dari penang.saya mengalami sakit ni dari 2011 lg.dah 2 kali saya sakit.terakhir sakit pd tahun 2013.sekarang saya dh sembuh.dah boleh lakukn aktiviti harian spt biasa.cuma bergantung pd ubat yg saya mkn sejak ambil dr tahun 2013.boleh x saya berhenti mkn ubat sbb saya rasa saya dh sembuh sepenuhnya.ubat tu membuatkn saya malas dn slalu mengantuk.berat badan jugak bertambah.saya dh boleh ingat spt orang lain dan xdak lg halusinasi yg mengganggu saya hingga kini.mintak penjelasan dr tuan...
ReplyDeletetumpang bertanya, ubat apa namanya yer? juga didapati d farmasi atau perlu berjumpa doktor juga? terima kasih kerana kongsi
DeleteSis nak tnye. Ubat apa ye utk sakit ni. Abg sy dh kene 8 tahun. Langsung xde perubahan. Skrg dh jjd tambh terok.
DeleteKesan ubat yg sis ckp sama mcm Kakak sy, Kakak sy mkn ubat olanzapine.. Ubat tu dr kata menaikkn slera mkn so pemakanan mmg kena jaga,dr suruh Kakak sy mkn ubat tu walaupn dy Dh mula stabil skrg..
DeleteAiman, Cuba bwk abg Awk jumpa psikiatri, bahaya Jgn biarkn melarat, yg penting Jgn biarkn abg Awk sorg2.. Sokongan keluarga sgt2 penting
DeleteSalam sis, boleh saya tahu kaedah rawatan yg puan telah buat ? Blh saya hubungi puan?
DeleteSaya safinah dari penang.saya mengalami sakit ni dari 2011 lg.dah 2 kali saya sakit.terakhir sakit pd tahun 2013.sekarang saya dh sembuh.dah boleh lakukn aktiviti harian spt biasa.cuma bergantung pd ubat yg saya mkn sejak ambil dr tahun 2013.boleh x saya berhenti mkn ubat sbb saya rasa saya dh sembuh sepenuhnya.ubat tu membuatkn saya malas dn slalu mengantuk.berat badan jugak bertambah.saya dh boleh ingat spt orang lain dan xdak lg halusinasi yg mengganggu saya hingga kini.mintak penjelasan dr tuan...
ReplyDeletesaya ingin tahu kalau dimalaysia ada pusat rawatan pemulihan psikososial utk pesakit skozofrenia?
ReplyDeletesaya ingin tahu kalau dimalaysia ada pusat rawatan pemulihan psikososial utk pesakit skozofrenia?
ReplyDeleteSaya menghidap penyakit ni Dari umur 17 Dan skarang umur saya 23. Haritu saya kehabisan ubat (olanzapine) untuk beberapa Hari Dan sering mengalami masalah sukar untuk fokus atau pelupa. Adakah saya perlu makan ubat atau dapatkan tawaran Islamik. Dan saya mahu bertanya adakah penyakit saya berakhir pada umur 25 tahun . Saya betul betul risau jika penyakit initial terus berlarutan. Mahon reply
ReplyDeleteNk tnya, mcm mna nk prevent pnyakit nie drpda brlaku..?
ReplyDelete